follow di INSTAGRAM @almarivitamin

follow di INSTAGRAM @almarivitamin
Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Search This Blog

4 JENIS MAKANAN YANG BOLEH MERANSANG PENGHASILAN SUSU IBU

Sesetengah wanita mendapati mereka tidak mempunyai susu ibu yang mencukupi untuk menyusukan bayi mereka dengan jayanya. Makanan yang kita makan sedikit sebanyak mempengaruhi kuantiti susu ibu yang ada. Jadi memahami keperluan nutrisi anda dapat membantu anda untuk mengetahui sama ada anda mempunyai susu ibu yang cukup atau tidak. Selain itu, ibu-ibu kena faham konsep demand vs supply, yang bermaksud lebih kerap bayi anda menyusu, maka lebih banyak susu anda akan terhasil.

Diantara 4 jenis makanan yang membantu dalam penghasilan susu ibu adalah :

MAKANAN KAYA PROTEIN

Secara teori, lebih kerap anda menyusukan bayi, lebih banyak susu anda akan terhasil.Walaubagaimanapun, sesetengah ibu memerlukan ‘bantuan’ untuk menghasilkan kuantiti susu yang banyak. Susu ibu kaya dengan protein, jadi anda memerlukan protein di dalam diet anda untuk membanyakkannya. Anda boleh makan makanan yang kaya protein seperti daging, makanan laut, telur atau makanan berasaskan tenusu. Soya & kekacang juga adalah sumber makanan protein yang baik.



SAYURAN MERAH, JINGGA & HIJAU TUA

MOBI  MotherhoodInternational  menyenaraikan sayuran yang berwarna merah, jingga dan hijau adalah makanan yang boleh meransang penghasilan susu ibu. Warna sayuran merah & jingga itu terhasil daripada beta carotene, salah satu nutrient penting semasa penyusuan susu ibu. Manakala sayuran berwarna hijau kaya dengan mineral, vitamin & enzim.Kesemua ini bukan sahaja dapat meransang penghasilan susu tetapi membantu bayi untuk kekal sihat & cergas. Lobak merah, ubi bit, keledek, keladi adalah contoh terbaik sumber makanan yang kaya dengan carotene. Sayur bayam, brokoli,kucai adalah salah satu sumber makanan berwarna hijau.Vitamin A di dalam sayuran jingga dan merah dapat memberi kebaikan kepada mata anda dan juga bayi, melindungi penglihatan dan menjauhi daripada jangkitan mata.
Vitamin B di dalam sayuran hijau pula kaya dengan asid folik dan membantu untuk kesihatan saraf. Selain itu, vitamin B membantu ibu-ibu untuk mengawal tekanan dan stress.


 MAKANAN TINGGI SERAT
Anda memerlukan kalori yang banyak untuk menghasilkan susu ibu yang secukupnya. Makanan tinggi serat selalunya membantu anda untuk menghasilkan kalori tambahan yang anda perlukan. Pilihlah makanan serat seperti oat, pasta atau roti. Anda juga boleh mendapatkan serat daripada kentang. Makanan tinggi serat ini selain membantu meningkatkan penghasilan susu ibu, ia juga membantu mengatasi masalah sembelit.


MAKANAN TINGGI KALSIUM
Salah satu komposisi susu ibu adalah kalsium. Anda memerlukan kalsium yang mencukupi untuk membantu anda menghasilkan susu ibu yang mencukupi. Anda boleh mendapatkan kalsium daripada tofu, keju, susu atau yogurt. Kalsium membantu untuk kesihatan tulang yang berpanjangan kerana penyusuan bayi sedikit sebanyak menyusut ketika anda menyusukan bayi. Penyusuan bayi mengubah cara badan anda menyerap kalsium yang mana ia menyumbang kepada penyusutan jisim tulang untuk beberapa bulan pertama penyusuan bayi. Jadi sangat penting untuk anda mengambil makanan tinggi kalsium di dalam diet anda. Selain kesihatan tulang, kalsium juga penting untuk kesihatan gigi. 



Berminat dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE yang lengkap dengan Vitamin B Complex, Vitamin C, Multivitamin dan Multimineral, Protein & Kalsium?? 

untuk pembelian boleh klik di sini

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=785ca71d2c85e3f3774baaf438c5c6eb



boleh hubungi saya untuk dapatkandaripada saya
Lady Sue Rauf : sms.whatsapp : 014.888.4894 | ladysuerauf@gmail.com 
facebook : Lady Sue Rauf 
facebook page : ALMARI VITAMIN 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...