selamat hari jumaat..
hari ni saya nak share pembacaan saya menerusi majalah PAMA mengenai kepentingan vitamin & mineral kala penyusuan. Terdapat beberapa pihak yang beranggapan bahawa vitamin & mineral tambahan tidak diperlukan sepanjang tempoh penyusuan. Pada pendapat saya tanggapan ini tidak berasas kerana penyusuan juga memerlukan vitamin & mineral sama seperti dalam tempoh kehamilan.
Fakta, bayi memang akan mendapat apa yang diperlukan menerusi susu ibu sekalipun tubuh kita kekurangan vitamin atau mineral tertentu. Walaubagaimanapun, pemakanan yang sihat dan seimbang, digabungkan dengan pengambilan suplemen secara tetap perlu dipertimbangkan juga demi menjamin kesihatan si ibu dan bayi bagi tempoh jangka masa panjang. Tubuh badan yang sihat dapat memastikan susu ibu itu sendiri bernutrisi yang mana mengandungi kesemua khasiat pada tahap yang optimum. Sepertimana tempoh kehamilan, bayi akan menyerap vitamin dan mineral daripada badan si ibu, begitu juga tempoh penyusuan. Sebagai contoh, bayi akan menyerap kalsium daripada susu ibu untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Pada waktu yang sama si ibu juga masih memerlukan kalsium bagi menjamin kesihatan tulang & gigi diri sendiri.
Daripada pengalaman peribadi yang tidak seberapa ini, pengambilan suplemen secara tetap banyak memberi kebaikan kepada saya & bayi. Sebagai seorang ibu & isteri berkerjaya, tanggungjawab menguruskan hal dipejabat, dirumah, menguruskan anak & suami menuntut tenaga yang 'ekstra'. Pendek kata, selagi mata tak tertutup dalam erti kata lain tidur, selagi itulah golongan wanita akan tetap bekerja.. percaya atau tidak.. tepuk dada tanyalah sendiri. Jika dibandingkan sebelum dan selepas mengamalkan suplemen banyak perbezaannya yang dapat saya rasai seperti badan lebih bertenaga, sakit belakang juga berkurangan, ekzema pada bayi juga beransur pulih malah perkara yang paling menakjubkan saya hidung tersumbat yang saya alami setiap kali pagi-pagi masuk ofis atau dalam suhu yang sejuk tidak lagi menghantui saya..
(sebelum terlupa, sebelum ni, pelbagai suplemen yang saya amalkan dari pelbagai jenama dan akhir sekali saya mencuba suplemen daripada Shaklee setelah cadangan gitu-gitu daripada seorang rakan.. daripada hanya ingin mencuba-cuba sahaja akhirnya saya jatuh cinta dengan shaklee sehinggakan saya turut menjadi salah seorang daripada pengedarnya kerana banyak kesan baik yang saya perolehi daripadanya.. tambahan pula produk shaklee berunsurkan semulajadi.)
(sebelum terlupa, sebelum ni, pelbagai suplemen yang saya amalkan dari pelbagai jenama dan akhir sekali saya mencuba suplemen daripada Shaklee setelah cadangan gitu-gitu daripada seorang rakan.. daripada hanya ingin mencuba-cuba sahaja akhirnya saya jatuh cinta dengan shaklee sehinggakan saya turut menjadi salah seorang daripada pengedarnya kerana banyak kesan baik yang saya perolehi daripadanya.. tambahan pula produk shaklee berunsurkan semulajadi.)
Jadi siapa kata suplemen tambahan itu tidak perlu.???
Suplemen & mineral tambahan yang sesuai dapat melengkapkan zat pemakanan yang diperlukan. Majoriti suplemen vitamin & mineral tambahan tidak mengganggu penghasilan susu malah membantu ibu-ibu ke arah penyusuan secara eksklusif selama mana tempoh yang diperlukan bayi.
Vitamin seperti B complex & multi vitamin dapat membantu si ibu mengurangkan keletihan & kelesuan sekaligus membantu ibu-ibu sentiasa berada di dalam mood yang baik dan ceria. Pengambilan suplemen seperti kalsium dapat menyokong keperluan bayi & diri sendiri agar tulang dan gigi terus kekal sihat. Pengambilan vitamin C pula dapat meningkatkan lagi sistem pertahanan tubuh agar kekal sihat sepanjang tempoh penyusuan. Pengambilan zink dapat membantu mengurangkan keguguran rambut selepas bersalin
Pendek kata.. ibu sihat bayi ceria suami bahagia..klik untuk besarkan : credit to majalah PA MA edisi MAC 2011 |
* ingin dapatkan vitamin yang bersesuaian dengan keperluan anda sekeluarga?? hubungi saya di ladysuerauf@gmail.com atau sms 014-888-4894
nota: niat kami bukan hanya untuk menjual produk semata-mata tetapi lebih kepada berkongsi kebaikan. sharing is caring.. pilihan ada di tangan anda.. anda yang menentukannya...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen anda..