follow di INSTAGRAM @almarivitamin

follow di INSTAGRAM @almarivitamin
Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Search This Blog

Kesuburan - tingkatkan peluang kehamilan

Kesuburan – atasi masalah kesuburan & tingkatkan peluang kehamilan.

Saya suka beli Majalah Pa & Ma sebab dalam majalah ni banyak info berguna bukan sahaja tentang bayi tetapi juga tentang topik2 hangat seperti masalah sakit puan, pemakanan, kesihatan suami isteri, kisah kemasyarakatan dan sebagainya. Dalam isu November 2011 baru2 ni, topik yang menarik adalah berkenaan dengan kesuburan & kehamilan. Saya percaya setiap pasangan selepas mendirikan rumah tangga perkara yang paling diingini adalah menimang cahaya mata. Kadang-kadang tekanan mungkin akan timbul apabila saban tahun zuriat yang ditunggu masih tidak kunjung tiba. Ditambah lagi dengan orang2 disekelilling asyik bertanya “dah berisi ke belum” pasti akan menambah lagi tekanan. Di sini saya kongsikan pembacaan saya dan cadangan suplemen yang boleh diambil setiap pasangan untuk meningkatkan lagi peluang untuk kehamilan. Perkara ini bukan sahaja perlu diambil berat oleh sang isteri tetapi sang suami juga harus bekerjasama & perlu membaca artikel ini sehingga habis..

Secara umumnya, kesuburan seseorang wanita itu berkait dengan kemampuannya mengeluarkan telur. Telur akan keluar sekali dalam tempoh satu pusingan haid. Waktu telur dikeluarkan dikenali sebagai waktu subur. Seseorang wanita boleh tahu waktu suburnya dengan cara melihat pusingan haid mereka sendiri. Bagi wanita yang mempunyai pusingan haid teratur, pengeluaran telur biasanya akan berlaku pada hari ke-13 atau 14 (dikira dari hari pertama darah haid keluar). Oleh yang demikian pasangan yang inginkan cahaya mata disarankan melakukan hubungan kelamin pada waktu tersebut.

Bagi lelaki, masalah ketidaksuburan selalunya dikaitkan dengan sperma yang tidak normal, jangka hayat sperma terlalu singkat atau terdapat masalah ejakulasi. Ketidaknormalan ini berlaku disebabkan beberapa faktor :
  • Keradangan pada testis
  • Masalah pembengkakan salur darah testis
  • Pengambilan alcohol, dadah & merokok
  • Hormon yang tidak normal
  • Terdedah kepada bahan kimia beracun
  • Saluran testis tersumbat akibat jangkitana kuman
  • Pemakaian seluar dalam yang terlalu ketat.
Walaupun wujud pelbagai masalah berkaitan kesuburan tetapi ini bukanlah titik noktah  kepada pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Ikuti tips di bawah untuk meningkatkan peratusan kesuburan anda dan pasangan.

TIP KESUBURAN LELAKI

Betik tingkatkan kesuburan – buah betik yang kaya dengan vitamin c dan merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Pada masa yang sama, buah ini juga dikatakan mampu meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma. Mengambil sebanyak 500 miligram vitamin C setiap hari penting bagi lelaki dewasa.

Berhenti merokok – merokok sememangnya berbahaya. Selain daripada merosakkan paru-paru, merokok boleh merosakkan membran sperma dan mempengaruhi kemampuan sperma untuk mencapai sel telur

Banyak pengambilan zink – Zink dikatakan mampu mengaktifkan sperma. Walaubagaimanapun jumlah zink yang diambil janganlah melebihi 30mg sehari. Makanan sumber zink ialah daging merah, bijirin dan kekacang, makanan laut dan produk tenusu.

Pakai seluar longgar – pemakaian seluar loanggar dapat memastikan suhu alat kelamin terkawal iaitu tidak terlalu panas agar mampu meningkatkan pengeluaran sperma.

Kebersihan makanan – pengambilan buah-buahan dan sayuran segara sangat digalakkan. Akan tetapi, anda perlulah pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut dibersihkan sebelum kana. Hal ini adalah racun serangga yang digunakan untuk mengawal serangan makhluk perosak pada sayur-sayuran dan buah-burahan boleh menjejaskan tahap kesuburan seseorang itu.

Minum banyak air kosong – pengambilan air kosong sebanyak kira-kira dua liter sehari dikatakan boleh meningkatkan kesuburan dan kesihatan sperma.

TIPS KESUBURAN WANITA

Jaga pemakanan – elakkan pengambilan sestengah jenis makan dan minuman seperti makanan ringan, jeruk, makanan segera, minuman beralkohol dan minuman berkarbonat.
Kawal berat badan – berusahalah untuk mendapatkan berat badan yang seimbang. Obesiti boleh mengganggu proses pengeluaran telur.
Amalkan senaman berkala – bersenamlah secara tetap dan teratur. Senaman bukan sahaja menyihatkan anda tetapi juga membantu mengekalkan berat badan.
Berhati-hati mengambil ubat – ketauhilah bahawa kebanyakan ubat seperti ubat anti kemuruangan, pil tahan sakit dan antibiotik boleh memberi kesan terhadap kesuburan anda. Oleh itu, hanya ambil ubat yang disarankan oleh doktor sahaja.
Periksa rahim anda – masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau cyst boleh menjejaskan peluang untuk hamil. Jadi, penting bagi anda mengetahui keadaan rahim sendiri.
Sekiranya berkemampuan, suami isteri boleh mencuba untuk mengambil suplemen daripada SHAKLEE seperti:
SUAMI
  • ESP
  • Vitalea (Multi vitamin)
  • B complex
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Zinc
ISTERI
  • ESP
  • Vitalea (Multi vitamin
  • B complex
  • Vitamin C
  • Alfalfa
  • GLA
Kebaikan Vitamin :
Vitalea @ multivitamin – suami isteri harus melengkapkan diri mereka dengan multivitamin & multimineral bagi memastikan kesihatan kita berada di tahap optimum. Mangan & magnesium di dalam vita-lea boleh membantu ereksi kepada si suami.
B-complex – membekalkan semua jenis vitamin B untuk keperluan badan. Pengambilan asid folik (tergolong dalam keluarga vitamin B) harus di ambil sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang untuk mengandung.
Vitamin C- menghasilkan sperma yang sihat utk bekerjasama dengan ovum.
Vitamin E with Selenium – bekerja bersama vitamin c sebagai anti –oksidan dan melindungi kualiti sperma.
Zinc – meningkat hormon testosteron  & bilangan sperma yang aktif
Alfafa & GLA – membantu masalah pusingan haid, keputihan dan masalah kewanitaan
ESP (Energising soy protein) – membekalkan kandungan protein yang secukupnya kepada suami isteri





Kalau nak cuba mungkin terlalu banyak suplemen yang perlu di ambil, tetapi bagi mereka yang ingi mencuba boleh mengambil yang asas tanpa ESP iaitu vitamin B,C,E, Zink, Vitalea & Alfafa

Doa Nabi Zakaria a.s. boleh diamal untuk memohon kepada Allah supaya dipermudahkan untuk mendapatkan zuriat.

Surah Al-Anbiya:21:89
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
-
الأنبياء/89
"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi."
(Al-Anbia’:89)

kepada yang berminat untuk dapatkan set trial pack dengan tawaran harga yang menarik dan konsultasi, hubungi saya di 014-8884894 atau email ladysuerauf@gmail.com

Adakah anda memperolehi Zink yang mencukupi? teruskan membaca...

Anda mungkin memerlukan lebih Zink sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut:
  • bintik-bintik putih pada kuku
  • penurunan dalam kebolehan untuk merasa dan membau
  • tiada selera makan
  • penyembuhan luka yang perlahan
  • rambut ugur
  • keletihan
  • rendah nafsu untuk hubungan kelamin
  • kulit terlampau berminyak
  • kulit berjerawat
  • daya ketahanan badan yang rendah

Adakah anda memperolehi Zink yang mencukupi?

Makanan terproses bukan sahaja rendah dalam zink, kebanyakan bahan tambahan dalam makanan terproses pula turut mengurangkan tahap zink di dalam badan. Makanan lain yang mengganggu penyerapan termasuklah jenis makanan soya, susu lembu, suplemen zat besi, roto gandung dan emping. Dalam pemakanan vegetarian, kandungan zink atau penyerapannya adalah rendah. Dengan itu meraka yang mengamalkan pemakanan vegetarian harus mempertimbangkan pengambilan suplemen zink untuk memastikan badan mempunyai zink yang mencukupi.

Kebaikan-Kebaikan Zink Yang Lain:

Memperkuatkan fungsi imun
Zink diperlukan untuk perkembangan dan pengaktifan T-limfosit iaitu sejenis darah putih yang membantu melawan jangkitan. Jadi kekurangan Zink akan mengurangkan fungsi imun dengan ketara.ZINK diambil bersama dengan VITAMIN C semasa mengalami selsema dapat mengurangkan tempoh selsema dan melegakan keadaan selsema yang teruk.

Mengekalkan penglihatan yang sihat
Zink membantu menghantar Vitamin A ke retina, oleh itu ia dapat menggalakkan penglihatan di waktu malam. Ia melindungi sel-sel retina daripada kerosakan radikal bebas, membantu menghalang atau memperlahankan perkembangan AMD (Age Related Macular Degeneration; http://www.luteininfo.com/eye), kemerosotan macular yang berkaitan dengan usia iaitu sebab utama kebutaan di kalangan orang tua.

Membolehkan anda menikmati makanan anda dengan lebih baik!
Pengurangan zink mengurangkan kemampuan untuk merasa dan membau, seterusnya menghalang seseorang daripada menikmati aroma dan perisa makanan. Jadi sekiranya anda seolah-olah tidak dapat menikmati makanan kegemaran anda seperti sebelumnya, usah khuatir. Anda mungkin hanya kekurangan zink.


dapatkan Zink dengan harga yang istimewa daripada saya melalui email kepada ladysuerauf@gmail.com atau sms 014.888.4894 untuk pembelian.

Zink untuk wajah yang lebih muda, cerah & kesihatan seksual lelaki

Meningkatkan kesihatan dan nafsu lelaki   ** untuk pembacaan 18 thn keatas shj.. hehehehhehe :)

  • Kajian melaporkan bahawa zink dapat mengurangkan pembesaran prostate sebanyak 75% daripada kesemua kes-kes pembesaran prostate. Ia membantu melegakan masalah pembuangan kencing lelaki seperti tidak berdaya menahan air kencing, pengaliran air kencing yang lemah dan sebagainya.
  • Zink meningkatkan penghasilan testosterone yang amat diperlukan untuk mengekalkan nafsu lelaki, penghasilan sperma dan motilitinya - Motility is a biological term which refers to the ability to move spontaneously and actively, consuming energy in the process (Wikipedia)
  • Kekurangan zink menyebabkan penurunan tahap testosterone dan seterusnya mengakibatkan kehilangan jisim dan kekuatan otot di kalangan lelaki yang meningkat usia
  • Zink mengurangkan hormon perempuan iaitu prolaktin dalam badan lelaki. Prolaktin yang berlebihan menyebabkan mati pucuk, ketidaksuburan dan pembesaran buah dada lelaki.
  • Zink membantu menghalang atau memulihkan keadaan corak am kegondolan lelaki iaitu jenis masalah rambut gugur yang paling lazim di kalangan lelaki

Menggalakkan wajah yang lebih muda tanpa cela & rambut ikal mayang
Zink adalah penting untuk sintesis kolagen. Oleh itu, ia diperlukan untuk mengekalkan keanjalan kulit supaya dapat mengelakkan pembentukan kedutan dan kulit berlendut. Ia juga membantu mengurangkan masalah kulit kepala dan rambut berminyak supaya mengekalkan rambut yang ikal – mayang dan tidak mudah gugur. Zink amat diperlukan untuk pembentukan Superoxide Dismutase satu antioksidan yang memainkan peranan penting dalam anti penuaan. - Tanya aunty wikipedia : Superoxide dismutases (SOD, EC 1.15.1.1) are a class of enzymes that catalyze the dismutation of superoxide into oxygen and hydrogen peroxide. As such, they are an important antioxidant defense in nearly all cells exposed to oxygen. One of the exceedingly rare exceptions is Lactobacillus plantarum and related lactobacilli, which use a different mechanism.

Mengurangkan kulit berminyak dan berjerawat
Zink mengawalatur kelenjar sebum untuk mengatasi kulit berminyak dan mengurangkan jerawat pada kulit. Ia juga mengurangkan keadaan jerawat yang teruk, mengurangkan kemerahan dan bengkak dengan ketara, mengurangkan pembentukan parut akibat jerawat dengan mempercepatkan penyembuhan luka.

Penyembuhan luka – yes.. zink dapat mempercepatkan penyembuhan luka. Ibu-ibu yang lepas bersalin samaada secara normal atau caesarean digalakkan untuk mengambil zinc semasa berpantang. Saya teringat sewaktu saya berpantang dahulu, nurse di klinik ibu dan anak membekalkan saya Vitamin B (tunggu entry kebaikan vitamin B dari saya) dan Zinc untuk tempoh berpantang kerana saya melahirkan anak secara caesarean. Nurse menasihati saya supaya mengambil Vitamin B untuk membekalkan tenaga dan Zink untuk penyembuhan luka. Pada ketika itu saya tidak mengambil endah kepentingan zink, maklumlah belum ada kesedaran terhadap vitamin. Nasib baik sepanjang tempoh berpantang itu saya mengamalkan pengambilan sup ikan haruan. Ya ikan haruan juga kaya dengan zink. ( saya akan kupas kebaikan zink ini di dalam entry saya seterusnya especially utk ibu berpantang). Sebab itulah di dalam set berpantang Eupohria ini, kami masukkan sekali Zink untuk kesihatan ibu selepas bersalin

Banyak lagi kebaikan zink yang akan saya ceritakan di dalam blog Almari Vitamin ini.
Tunggu entri saya seterusnya yaa..

Tahukah anda ??
  • Untuk sekian lamanya, tiram telah dianggap sebagai pembangkit syahwat lelaki yang mujarab dan penyelidikan akhirnya telah mengesahkan sebabnya - tiram adalah kaya dengan zink.
  • Zink amat diperlukan untuk kesihatan seksual lelaki, namun demikian setiap lelaki mengeluarkan air maninya dia akan kehilangan hampir-hampir 15mg zink dalam spermanya.
Berminat?? Boleh hubungi saya untuk pembelian produk dan menjana pendapatan.
Lady Sue Rauf
sms.whatsapp : 014.888.4894 | ladysuerauf@gmail.com
facebook : Lady Sue Rauf
facebook page :  ALMARI VITAMIN
INSTAGRAM : @almarivitamin

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...