follow di INSTAGRAM @almarivitamin

follow di INSTAGRAM @almarivitamin
Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Search This Blog

toksin... go go away...

Pernah tak rasa sakit tapak kaki tak tentu pasal.. tekan-tekan rasa sakit yang mencucuk-cucuk..ataupun rasa sengal-sengal badan.. rasa malas atau lenguh semacam jer..
ha.. itu tandanya ada toksin dalam badan.. memang toksin ni senang nak masuk dalam badan kita.. dan macam-macam lagi kesan yang kita boleh dapat contohnya telinga berdengung.. pening kepala.. kencing tak lawas.. buang air besar tak lawas.. 
haa... kalau nak tau badan kita ni bertoksin ke tak, boleh try pergi buat refleksologi atau pun pergi dr jism tu.
kira-kira sebulan yang lepas saya pun menyempatkan diri untuk memanjakan kaki saya ni.. untuk 2 minggu berturut-turut saya lepak di pusat refleksologi di Mid Valley. saya memang suka pergi pusat refleksologi di MV ni sebab
1.sambil2 refleksologi pastu blh gi shopping2.
2.harga dia berpatutan
3.diuruskan oleh MAB (Persatuan Orang Buta Malaysia)
4.diorang semua friendly
5.meyakinkan.. hehehheh
ok cukupla sebab2 kenapa saya suka pegi situ..




entrance MAB refleksologi tu.. tingkat 2 sebelah yamaha, sebelah FOS. dekat dengan pintu masuk JUSCO

partition refleksologi

jadi dipendekkan cerita..
minggu pertama pergi, Zai nama si tukang urut ni, mula bersembang-sembang

zai : banyaknya toksin.. kurang minum air erk..
saya pun jawab.. tak la.. saya banyak minum air.. (mungkin time saya pergi tu masih awal jadi kadar air yang saya minum belum cukup banyak.. - nak jugak menang tu)
jadi dia urut2 punya urut.. sambil-sambil tu saya tanyakan macam-macam..
saya : boleh tahu erk kalau banyak toksin..
zai : boleh sebab kitorang kan belajar..
saya : ye lah.. camner nak tahu tu..
zai : bila kita urut tu rasa biji-biji.. tapak kaki tak bersih atau rasa tak licin.. ada point2 dia. jadi kita boleh rasa la bahagian mana yang banyak toksin tu..
saya : ooo.. gitu.. jadi boleh rawat tak kalau ada penyakit..
zai : kami boleh kurangkan toksin tu, tapi lepas urut ni mesti kena banyak minum air untuk buang toksin keluar.. nak rawat penyakit tu depends dengan penyakit apa..
saya, sambil-sambil dengan muka tahan sakit.. tanya-tanya dia dekat mana bahagian kaki yang sakit..
saya : tu bahagian apa tu.. sakitnya..
zai : kepala..
saya : oo ye ke kepala erk.. saya memang stress skrg..

so saya tahu memang setiap kali saya pergi refleksologi, bahagian sinus (kepala, hidung, mata, telinga) saya memang ada masalah.. cuma skrg semakin baik berbanding dahulu.

jadi balik jer dari refleksologi tu saya pun tambahkan lagi pengambilan air saya.

sambil tu pun saya ambil HERB-LAX 4 biji sebelum tido.. untuk melancarkan lagi proses detox atau pembuangan toksin..

jadi minggu yang seterusnya, pada hari yang sama, saya pun lepak lagi kat pusat refleksologi ni.. jadi jarak masa dalam seminggu jugak saya buat refleksologi ni balik..

masih dengan tukang urut yang sama, zai.

saya : hi zai.
zai : hi.. sue ke..
saya : yer..
zai: so nak buat dengan shoulder sekali ke
saya : a'a.. 

so zai pun memulakan proses refleksologi.. urut punya urut.. zai pun bersuara
zai : ha.. hari ni ok dah.. dah takde sangat toksin..
saya : ye ke
zai : a'a.. dah licin dah rasa ni..

saya pun tanya lagi zai ni macam2. sebab seronok jugak mendengar tentang refleksologi nih. 

daripada apa yang zai bagi tau, dalam dia mengurut2 tu,dia boleh tahu la kalau orang tu sakit pinggang ke.. kencing tak lawas.. berak tak habis.. sembelit, pening kepala, selsema & sebagainya..
macam contoh.. ni apa yang zai kata la kan.. walaupun orang tu rasa dia dah berak.. tapi tak semestinya dia dah buang semua.. kadang2 berak tu tak habis atau sisa2 najis tu masih ada lagi kat usus.. sebab tu la toksin bermaharajalela di dalam badan kita.
untuk bebas toksin 100% mungkin mustahil tapi apa yang kita boleh buat kita mungkin boleh kurangkannya..

selain daripada minum air dengan banyak, refleksologi, bersenam & mengeluarkan peluh adalah salah satu cara juga untuk membuang toksin di dalam badan kita.
Pembuangan toksin boleh melalui peluh, buang air kecil & besar.

selain daripada perkara di atas, anda juga boleh mencuba suplemen untuk membuang toksin di dalam badan. Proses detox boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan atau sekali dalam sebulan.

Proses detox ini juga sebenarnya membantu dalam penyerapan vitamin atau mineral yang kita ambil dari makananan seperti sayur-sayuran & buah-buahan.

Jadi sebelum kita mencuba2 apa suplemen kesihatan, pastikan kita untuk detox terlebih dahulu supaya proses penyerapan nutrien itu lebih berkesan dan hasilnya lebih tip top.

terlalu banyak suplemen detox di pasaran?? pastu cam pening nak pilih..
saya cadangkan anda mencuba HERB-LAX daripada Shaklee hari ini. Harganya sangat berpatutan dan yang penting ianya semulajadi dan bertindak lembut yang menbantu proses semulajadi badan dalam mengekalkan fungsi usus yang sihat. 


Kebaikan HERB LAX membantu untuk membuang stored toxin yang ada dalam badan.
Herb Lax dapat :

  • merangsang pergerakan peristalsis usus
  • mempercepatkan fungsi otot usus normal bagi mempercepatkan penyingkiran sisa & toksin dari usus besar
  • penyahtoksin saluran penghadaman.




Saya juga boleh cadangkan set trial pack kurus & detox secara sihat kepada anda dari serendah RM 70 sahaja.

jika berminat boleh hubungi saya di ladysuerauf@gmail.com atau sms/whatsapp di 014.888.4894



Cubalah hari ini.. mesti anda dapat rasakan perbezaannya..

4 comments:

  1. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. mmg lps mkn herb lax ni..esk nya trs mmbuang ke? ada x kes yg xmmbuang pon?

    ReplyDelete
  3. so far setakat ni memang membuang. takder pulak dengar kes yang tak membuang. dia selalunya efek 8 jam selepas pengambilan. ada jugak yang sebelum 8 jam dah rasa nak membuang.

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...