- bintik-bintik putih pada kuku
- penurunan dalam kebolehan untuk merasa dan membau
- tiada selera makan
- penyembuhan luka yang perlahan
- rambut ugur
- keletihan
- rendah nafsu untuk hubungan kelamin
- kulit terlampau berminyak
- kulit berjerawat
- daya ketahanan badan yang rendah
Adakah anda memperolehi Zink yang mencukupi?
Makanan terproses bukan sahaja rendah dalam zink, kebanyakan bahan tambahan dalam makanan terproses pula turut mengurangkan tahap zink di dalam badan. Makanan lain yang mengganggu penyerapan termasuklah jenis makanan soya, susu lembu, suplemen zat besi, roto gandung dan emping. Dalam pemakanan vegetarian, kandungan zink atau penyerapannya adalah rendah. Dengan itu meraka yang mengamalkan pemakanan vegetarian harus mempertimbangkan pengambilan suplemen zink untuk memastikan badan mempunyai zink yang mencukupi.
Kebaikan-Kebaikan Zink Yang Lain:
Memperkuatkan fungsi imun
Zink diperlukan untuk perkembangan dan pengaktifan T-limfosit iaitu sejenis darah putih yang membantu melawan jangkitan. Jadi kekurangan Zink akan mengurangkan fungsi imun dengan ketara.ZINK diambil bersama dengan VITAMIN C semasa mengalami selsema dapat mengurangkan tempoh selsema dan melegakan keadaan selsema yang teruk.
Mengekalkan penglihatan yang sihat
Zink membantu menghantar Vitamin A ke retina, oleh itu ia dapat menggalakkan penglihatan di waktu malam. Ia melindungi sel-sel retina daripada kerosakan radikal bebas, membantu menghalang atau memperlahankan perkembangan AMD (Age Related Macular Degeneration; http://www.luteininfo.com/eye), kemerosotan macular yang berkaitan dengan usia iaitu sebab utama kebutaan di kalangan orang tua.
Membolehkan anda menikmati makanan anda dengan lebih baik!
Pengurangan zink mengurangkan kemampuan untuk merasa dan membau, seterusnya menghalang seseorang daripada menikmati aroma dan perisa makanan. Jadi sekiranya anda seolah-olah tidak dapat menikmati makanan kegemaran anda seperti sebelumnya, usah khuatir. Anda mungkin hanya kekurangan zink.
dapatkan Zink dengan harga yang istimewa daripada saya melalui email kepada ladysuerauf@gmail.com atau sms 014.888.4894 untuk pembelian.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen anda..