follow di INSTAGRAM @almarivitamin

follow di INSTAGRAM @almarivitamin
Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Search This Blog

Showing posts with label kalsium. Show all posts
Showing posts with label kalsium. Show all posts

4 JENIS MAKANAN YANG BOLEH MERANSANG PENGHASILAN SUSU IBU

Sesetengah wanita mendapati mereka tidak mempunyai susu ibu yang mencukupi untuk menyusukan bayi mereka dengan jayanya. Makanan yang kita makan sedikit sebanyak mempengaruhi kuantiti susu ibu yang ada. Jadi memahami keperluan nutrisi anda dapat membantu anda untuk mengetahui sama ada anda mempunyai susu ibu yang cukup atau tidak. Selain itu, ibu-ibu kena faham konsep demand vs supply, yang bermaksud lebih kerap bayi anda menyusu, maka lebih banyak susu anda akan terhasil.

Diantara 4 jenis makanan yang membantu dalam penghasilan susu ibu adalah :

MAKANAN KAYA PROTEIN

Secara teori, lebih kerap anda menyusukan bayi, lebih banyak susu anda akan terhasil.Walaubagaimanapun, sesetengah ibu memerlukan ‘bantuan’ untuk menghasilkan kuantiti susu yang banyak. Susu ibu kaya dengan protein, jadi anda memerlukan protein di dalam diet anda untuk membanyakkannya. Anda boleh makan makanan yang kaya protein seperti daging, makanan laut, telur atau makanan berasaskan tenusu. Soya & kekacang juga adalah sumber makanan protein yang baik.



SAYURAN MERAH, JINGGA & HIJAU TUA

MOBI  MotherhoodInternational  menyenaraikan sayuran yang berwarna merah, jingga dan hijau adalah makanan yang boleh meransang penghasilan susu ibu. Warna sayuran merah & jingga itu terhasil daripada beta carotene, salah satu nutrient penting semasa penyusuan susu ibu. Manakala sayuran berwarna hijau kaya dengan mineral, vitamin & enzim.Kesemua ini bukan sahaja dapat meransang penghasilan susu tetapi membantu bayi untuk kekal sihat & cergas. Lobak merah, ubi bit, keledek, keladi adalah contoh terbaik sumber makanan yang kaya dengan carotene. Sayur bayam, brokoli,kucai adalah salah satu sumber makanan berwarna hijau.Vitamin A di dalam sayuran jingga dan merah dapat memberi kebaikan kepada mata anda dan juga bayi, melindungi penglihatan dan menjauhi daripada jangkitan mata.
Vitamin B di dalam sayuran hijau pula kaya dengan asid folik dan membantu untuk kesihatan saraf. Selain itu, vitamin B membantu ibu-ibu untuk mengawal tekanan dan stress.


 MAKANAN TINGGI SERAT
Anda memerlukan kalori yang banyak untuk menghasilkan susu ibu yang secukupnya. Makanan tinggi serat selalunya membantu anda untuk menghasilkan kalori tambahan yang anda perlukan. Pilihlah makanan serat seperti oat, pasta atau roti. Anda juga boleh mendapatkan serat daripada kentang. Makanan tinggi serat ini selain membantu meningkatkan penghasilan susu ibu, ia juga membantu mengatasi masalah sembelit.


MAKANAN TINGGI KALSIUM
Salah satu komposisi susu ibu adalah kalsium. Anda memerlukan kalsium yang mencukupi untuk membantu anda menghasilkan susu ibu yang mencukupi. Anda boleh mendapatkan kalsium daripada tofu, keju, susu atau yogurt. Kalsium membantu untuk kesihatan tulang yang berpanjangan kerana penyusuan bayi sedikit sebanyak menyusut ketika anda menyusukan bayi. Penyusuan bayi mengubah cara badan anda menyerap kalsium yang mana ia menyumbang kepada penyusutan jisim tulang untuk beberapa bulan pertama penyusuan bayi. Jadi sangat penting untuk anda mengambil makanan tinggi kalsium di dalam diet anda. Selain kesihatan tulang, kalsium juga penting untuk kesihatan gigi. 



Berminat dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE yang lengkap dengan Vitamin B Complex, Vitamin C, Multivitamin dan Multimineral, Protein & Kalsium?? 

untuk pembelian boleh klik di sini

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=785ca71d2c85e3f3774baaf438c5c6eb



boleh hubungi saya untuk dapatkandaripada saya
Lady Sue Rauf : sms.whatsapp : 014.888.4894 | ladysuerauf@gmail.com 
facebook : Lady Sue Rauf 
facebook page : ALMARI VITAMIN 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ini cerita tentang Mealshake

Sekarang ni sangat seronok dengan selera makan Marissa my 1 year old daughter.. selepas demam tepat-tepat pada umur dia 1 tahun hari tu, selera makan dia merosot sikit. tak macam sebelum dia berumur 1 tahun, senang sangat nak suapkan dia makanan. Sekarang ni alhamdulillah selera makan dia dah bertambah baik, siap boleh tunjuk lagi nak makan ikan, nak makan ayam, nak makan nasi. Pengasuh di nurseri pun cakap Marissa suka pergi dapur mintak makanan, bunyi macam lucu kan tapi syukurlah dia dah boleh mintak makanan. Alhamdulillah nampaknya usaha saya berhasil. Sekarang ni saya amalkan mealshake untuk Marissa. 1 sudu teh sehari sudah memadai untuk kanak-kanak 1 tahun.

my daughter Marissa

Apa itu mealshake?

Mealshake adalah multivitamin yang berperisa vanila, dan sangat sesuai untuk seisi keluarga. Bukan sahaja anak-anak kita boleh makan mealshake ni tapi mak ayah adik abang pun boleh makan sekali.

Mealshake boleh dijadikan sebagai sarapan segera atau juga boleh dijadikan snek pada bila-bila masa.
Bagi yang selalu ada masalah tak sempat sarapan, ha.. ini dia.. penyelesai masalah anda.. mealshake. Disamping anda dapat menikmati mealshake sebagai sarapan yang menyelerakan, anda juga mendapat manfaat 19 vitamin dan mineral vitamin D, E, B, Folate, Zinc, Magnesium, Selenium dan sebagainya.
Mealshake juga kaya dengan kalsium dan protein. Protein yang terkandung di dalam mealshake adalah seimbang dengan 9 asid amino yang penting  yang mana tidak boleh dihasilkan oleh badan kita sendiri. Malah sebenarnya, Mealshake mengandungi kesemua 28 asid amino, essential & non-essential.

Bagi yang mengalami masalah untuk menelan tablet, ini adalah solusi terbaik untuk anda kerana mengandungi vitamin & mineral penting untuk badan.



Cubalah mealshake hari ini, mesti anda sukakannya.. lagipun menjimatkan, beli satu canister 1 family boleh makan.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

sayangi tulang anda..

sayangkah kita dengan tulang kita?
mugkin kita akan lebih memberi perhatian kepada kulit wajah kita.. menjaga bentuk badan kita tapi tulang kita juga tidak kurang pentingnya.



tulang kita juga perlu di jaga dan diberi perhatian supaya masalah tulang seperti tulang rapuh (osteoporosis), tulang menyusut, sendi menjadi haus dan sakit dan sebagainya dapat dicegah terlebih awal. 
Mesti anda semua pernah melihat iklan di televisyen berkenaan dengan iklan susu yang mencadangkan kepada kita untuk mengambil kalsium dalam diet seharian kita. mesti anda juga teringat dalam iklan tersebut ada menunjukkan bahawa tulang kita menyusut hampir setiap tanpa kita sedari.

Golongan wanita adalah golongan yang berisiko dua kali ganda untuk menghidapi masalah tulang ini berbanding lelaki.
Mungkin faktor seperti bersalin, menyusu anak, memakai kasut tumit tinggi adalah faktor kepada masalah ini.

Saya pernah menjalani ujian kesihatan tulang yang diadakan percuma, daripada ujian tersebut di dapati kalsium di dalam badan saya kurang dan saya dinasihati untuk mengambil makanan tambahan berunsurkan kalsium di dalam diet seharian saya. 
{Anda boleh semak di mana BONE HEALTH CHECK ini diadakan berdekatan dengan lokasi anda di sini http://www.anlene.com.my/bhc/}

Saya bukanlah jenis yang suka minum susu.. especially yang bancuh.. kalau beli sekotak susu lama nak tunggu saya habiskan.. jadi alternatif yang ada adalah pengambilan suplemen kalsium.

cadangan daripada Shaklee adalah berikut:

image credit to Shaklee Today

kepada yang ingin mencuba suplemen berunsurkan kalsium daripada Shaklee, anda boleh mencuba Ostematrix kerana saya juga amalkannya. Ostematrix selamat dimakan oleh ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anak, ibu bapa kita juga boleh amalkan ostematrix ini.
Ostematrix ini berbeza daripada suplemen kalsium lain yang ada di pasaran kerana ostematrix ini dilengkapi kalsium, vitamin D, magnesium, boron, zink, kuprum & mangan. Harganya juga sangat berpatutan.

Image credit to shaklee today

Ostematrix ini bukan sahaja sesuai diambil untuk keperluan kalsium di dalam diet, malah ostematrix ini juga dapat membantu untuk mengatasi masalah keletihan, sukar tidur, kerap sakit kepala, tumit pecah dan sebagainya. Sesetengah bf mommies juga memilih untuk mengambil ostematrix di dalam diet mereka bagi membantu mereka dalam penyusuan anak atau dalam erti kata lain sebagai milk booster.
Cubalah Ostematrix Shaklee hari ini, anda pasti rasakan perbezaannya!!


untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya di ladysuerauf@gmail.com atau sms 014.888.4894
pembelian juga boleh di buat di cawangan Shaklee berdekatan anda dengan menggunakan id saya : 860721

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...