Diantara 4 jenis makanan yang membantu dalam penghasilan susu ibu adalah :
MAKANAN KAYA PROTEIN
Secara teori, lebih kerap anda menyusukan bayi, lebih banyak susu anda akan terhasil.Walaubagaimanapun, sesetengah ibu memerlukan ‘bantuan’ untuk menghasilkan kuantiti susu yang banyak. Susu ibu kaya dengan protein, jadi anda memerlukan protein di dalam diet anda untuk membanyakkannya. Anda boleh makan makanan yang kaya protein seperti daging, makanan laut, telur atau makanan berasaskan tenusu. Soya & kekacang juga adalah sumber makanan protein yang baik.
SAYURAN MERAH, JINGGA & HIJAU TUA
MOBI MotherhoodInternational menyenaraikan sayuran yang berwarna merah, jingga dan hijau
adalah makanan yang boleh meransang penghasilan susu ibu. Warna sayuran merah
& jingga itu terhasil daripada beta carotene, salah satu nutrient penting
semasa penyusuan susu ibu. Manakala sayuran berwarna hijau kaya dengan mineral,
vitamin & enzim.Kesemua ini bukan sahaja dapat meransang penghasilan susu
tetapi membantu bayi untuk kekal sihat & cergas. Lobak merah, ubi bit, keledek, keladi adalah contoh terbaik sumber makanan yang
kaya dengan carotene. Sayur bayam, brokoli,kucai adalah salah satu sumber
makanan berwarna hijau.Vitamin A di dalam sayuran jingga dan merah dapat memberi kebaikan kepada mata
anda dan juga bayi, melindungi penglihatan dan menjauhi daripada jangkitan
mata.
Vitamin B di dalam sayuran hijau pula kaya dengan asid folik
dan membantu untuk kesihatan saraf. Selain itu, vitamin B membantu ibu-ibu
untuk mengawal tekanan dan stress.
MAKANAN TINGGI SERAT
Anda memerlukan kalori yang banyak untuk menghasilkan
susu ibu yang secukupnya. Makanan tinggi serat selalunya membantu anda untuk
menghasilkan kalori tambahan yang anda perlukan. Pilihlah makanan serat seperti
oat, pasta atau roti. Anda juga boleh mendapatkan serat daripada kentang. Makanan
tinggi serat ini selain membantu meningkatkan penghasilan susu ibu, ia juga
membantu mengatasi masalah sembelit.MAKANAN TINGGI KALSIUM
Salah satu komposisi susu ibu adalah kalsium. Anda memerlukan kalsium yang mencukupi untuk membantu anda menghasilkan susu ibu yang mencukupi. Anda boleh mendapatkan kalsium daripada tofu, keju, susu atau yogurt. Kalsium membantu untuk kesihatan tulang yang berpanjangan kerana penyusuan bayi sedikit sebanyak menyusut ketika anda menyusukan bayi. Penyusuan bayi mengubah cara badan anda menyerap kalsium yang mana ia menyumbang kepada penyusutan jisim tulang untuk beberapa bulan pertama penyusuan bayi. Jadi sangat penting untuk anda mengambil makanan tinggi kalsium di dalam diet anda. Selain kesihatan tulang, kalsium juga penting untuk kesihatan gigi.
Berminat dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE yang lengkap dengan Vitamin B Complex, Vitamin C, Multivitamin dan Multimineral, Protein & Kalsium??
untuk pembelian boleh klik di sini
boleh hubungi saya untuk dapatkandaripada saya
Lady Sue Rauf : sms.whatsapp : 014.888.4894 | ladysuerauf@gmail.com
facebook : Lady Sue Rauf
facebook page : ALMARI VITAMIN
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen anda..