follow di INSTAGRAM @almarivitamin

follow di INSTAGRAM @almarivitamin
Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Search This Blog

Nutrisi untuk Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu Yang Sihat

Daripada Shaklee Today Vol 2 | 2011

Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu atau badan, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihata dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong kehamilan dan penyusuan susu ibu yang sihat

Protein
Protein diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan & penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

Folate (Asid Folik)
Pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamlan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.

Kalsium
Kandungan kalsium yang menngcukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku di saat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.

Asid Lemak Omega-3
Asid Lemak Omega-3 juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam (Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri kaya dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada dua bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi supplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.

Cadangan daripada Shaklee untuk nutrisi kehamilan & penyusuan susu ibu yang sihat boleh didapatkan di sini


mahu membuat pesanan vitamin ? sila sms 014 888 4894 @ email ke ladysuerauf@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...