follow di INSTAGRAM @almarivitamin

follow di INSTAGRAM @almarivitamin
Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Search This Blog

Alfalfa dan Vitamin C rawat masalah resdung dan sinus

Saya ni kan memang ada masalah resdung atau sinus dari zaman muda remaja lagi. Saya tak pasti la sejak bila zaman kegemilangan sinus saya ni, tapi satu yang saya pasti kalau dulu setiap pagi mesti bangun tidur bersin dan hidung selsema. Setiap hari kalau masuk ofis atau kawasan berhawa dingin mesti hidung tersumbat dan selsema. Setiap kali pergi refleksologi, mesti tukang urut akan kata awak sinus ni. Sabo jer la.
Kalau penghidap resdung, mesti akan tahu betapa seksanya kalau hidung, mata, telinga, muka rasa gatal dan rasa macam ada benda merayap jer kat muka.
Tetapi sekarang tak lagi..Alhamdulillah, itu kisah silam.. Sinus atau resdung saya akan datang masa-masa tertentu sahaja. Maksudnya bukan setiap hari macam dulu lagi. Satu perubahan yang baik untuk diri saya.
Nak tahu apa yang saya amalkan??

Saya amalkan Vitamin C & Alfalfa Complex. Alhamdulillah sangat membantu.

Vitamin C ni sejenis vitamin larut air dan tak boleh dihasilkan oleh badan kita. Jadi untuk mendapatkan Vitamin C kita perlu mengambilnya dari sumber makanan yang ada. Vitamin C membantu untuk meningkatkan sistem imun badan dan mengawal masalah elergi. Selalunya penyakit resdung ni berkait dengan masalah lain seperti asma, ekzema, elergik dan lelah. Jadi Vitamin C ini secara tidak langsung membantu mengurangkan simptom asma. Vitamin C adalah antioksidan yang membantu sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik dah membantu sel darah putih untuk menghalang serangan bakteria dan kuman yang boleh menjadi punca kepada resdung.

Alfalfa pula adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi seperti Vitamin K,A, C, Niasin, Riboflavin, Asid folik, kalsium, magnesium, zat besi dan banyak lagi. Alfalfa berfungsi untuk mencuci hati, darah dan usus.Ia adalah makanan yang sangat beralkali dan boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid. Selain itu ia boleh membuang toksin dari badan, membersihhkan hati, kolon, darah, mencantikkan kulit dan otot.Alfalfa juga bertujuan untuk melawan alahan yang mana ia memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kuraP, bau badan dan ulat air dengan berkesan.



Banyak lagi khasiat Vitamin C & alfalfa yang berguna untuk kesihatan manusia. anda boleh baca post saya yang sebelum mengenai khasiat Vitamin C & ALFALFA di sini  - Khasiat Vitamin C & Alfalfa  & Alfalfa Rawat Keputihan.

Selain Vitamin C, suplemen lain yang boleh membantu untuk merawat masalah resdung ini adalah Garlic Complex, Zinc Complex & Nutriferon.

Garlic adalah antibiotik yang selamat dan semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka masa panjang bagi meningkatkan sistem imun badan, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman.

Zinc Complex juga boleh membantu meningkatkan sistem imun dan menghalang jangkitan penyakit. Selain itu zinc mampu untuk memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat. Anda boleh baca tentang khasiat zinc yang lain di sini - Cukupkah Zinc anda ?

Nutriferon juga salah satu kegemaran saya kerana ia memang membantu kami sekeluarga terutamanya anak-anak saya. Nutriferon dapat mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari. Ia boleh meransang sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh kuman dan virus yang menjadi punca penyakit. Anda boleh baca pengalaman peribadi saya tentang keberkesanan Nutriferon di sini - Nutriferon legakan batuk, demam & selsema.

Jadi sekiranya anda penghidap resdung atau sinus yang teruk, anda harus cuba amalkan Vitamin C, Alfalfa dan suplemen lain ini yang boleh membantu untuk merawat masalah resdung anda.Kebetulan bulan ini kita ada promosi Alfalfa Complex. Anda boleh dapatkan Set Resdung dengan harga yang istimewa.

Jangan biarkan masalah resdung anda menganggu kehidupan seharian anda. Rawatlah ia segera!

Untuk pembelian SET RESDUNG klik BUY NOW

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=3557a86db669836730d946052d988e46


Berminat?? boleh hubungi saya untukkonsultasi, pembelian produk & pendaftaran ahli.
Lady Sue Rauf | Shaklee ID 860721
sms.whatsapp.email : 014.888.4894 | ladysuerauf@gmail.com
facebook : Lady Sue Rauf
facebook page : ALMARI VITAMIN

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

1 comment:

  1. Macam mana cara pengambilan vitamin c dan alfalfa ni dlm stu hri..

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...